To say the truth, MHS memang sangat best. Terutamanya time lawan cheers dalam DTC. Rasa macam bergegar Dewan Tunku Canselor tersebut. Memang syok. Jadi ayuh baca pengalaman 6 hari aku ber-MHS di Universiti Malaya dan secara rasminya bergelar, mahasiswa Universiti Malaya.
1 September 2013
Jadi pada hari Ahad lepas, aku telah pun bergerak ke Universiti Malaya dengan
Setelah siap mengemas barang, bermulalah sesi MHS pada petang itu pada jam 2.30 petang. Pergh! Bermula dengan sesi Ice Breaking dalam sel masing masing. Lepas tu ada sesi menyemak dokumen penting untuk pendaftaran esok hari. Memang agak hectic dan letih. Selepas itu, bermulalah sesi bersama PM 12th seramai 31 orang. Time ni jugak la kitorang start belajar cheers kolej. Kitorang bermula dengan sub Royal dengan sub Negalaka. Best. Kalau ada video nanti aku upload. Lepas tu kitorang ada sesi dengan Master College.
Sebahagian PM Sentral bersama Master Kolej 12 tercinta. :) |
2 September 2013
Hari kedua bermula dengan aktiviti Solat Subuh berjemaah pada jam 5.30 pagi. Disambung terus dengan aktiviti riadah. Riadah bukan riadah yang menyeksa tubuh badan. Tapi riadah yang fun sebab buat tarian. Hari tu belajar Jai Ho! Best sangat. Selepas tu sesi penyerahan dokumen kepada pihak SKR, Bendahari dan Klinik Kesihatan. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar.
Selepas itu, ada sesi di DTC. Masa ni la kali pertama lawan cheers dalam DTC. Agak best. Haha. Time ni jugak la ada Majlis Amanat dari VC. Okay, tiba tiba inspired nak study.
Tan Sri Prof Dr Ghauth Jasmon, VC UM bersama Dr Faisal Rafiq, salah seorang TNC dan juga lecturer Engineering |
SUKSIS |
PALAPES |
Nampak tak aku? Bersama rakan rakan Sel 7 yang lain. :) |
3 September 2013
Pagi tu ada LDK yang ke 3. Softskills. Masih tak berapa best. Haha. Lepas tu gerak ke DTC untuk taklimat dan taklimat dan lagi taklimat sampai tengah hari. Okay pening. Haha. Sebelah petang, masih di DTC untuk Dialog Mahasiswa Bersama Menteri. Yeayyy. Best sangat. Menteri yang dijemput adalah alumni UM sendiri.
Siapa orangnya? Ini dia.
Selepas mendengar amanat yang disampaikan oleh Menteri tersebut, kami semua bergerak ke surau untuk Solat Asar, kemudian masuk semula ke DTC untuk Aerobik Mega. Ini dia gambarnya.
Nampak tak aku semangat pakai Jaket UM tengah aerobik. Haha. |
Menggunakan lampu dan belon yang diberi sebagai barang amanah. |
4 September 2013
Seperti biasa, pagi tu Solat Subuh berjemaah dan diteruskan dengan riadah. Belajar banyak tarian baru. Jai Ho tetap best. Lepas tu belajar Ultraman rasanya. Sebelum dilepaskan untuk bersiap tu, belajar sub baru. Mungkin sub Wika Wika kot. Tak ingat. Haha.
Pagi tu again lawan subs dekat DTC sebelum perasmian Minggu Haluansiswa sesi 2013/2014. Lepas tu ada sesi bersama TNC UM. Petang pulak, sesi bersama TNC HEP.
TNC HEP yang pakai uniform tu. Datuk Dr Rohana Yusoff. :) |
Fail UM Cares yang awesome. |
Goody bag yang diberi. |
Anas Zubedy |
Pandalela Rinong |
Datuk Aznil Haji Nawawi |
5 September 2013
Hari Khamis. Memang satu hari full di fakulti. Memang best. Tak sabar nak start belajar. So freshies 12th telah berjalan ke Fakulti Kejuruteraan sebab sampai DTC lambat. Kalau tak boleh naik bas. Akhirnya, impian aku tercapai apabila berjaya masuk ke bangunan ini. In Shaa Allah, will make the best out of it.
Menara Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan, Universiti Malaya. :D |
After habis sesi petang tu terus bergerak ke Padang Varsiti untuk sokong team Royals yang bertanding. Agak best. Malam tu kembali ke Fakulti, berjalan kaki. Kali ini untuk Program Malam Bersama Profesor. Again, inspired nak study.
Balik malam tu, ada main games sikit kat Dewan Gemilang. Pastu kena denda, okay bye. Aku kena half squat sambil nyanyi lagu UM. Terketar ketar kaki aku tahan. Tapi takpe, semuanya akan berakhir keesokan harinya.
6 September 2013
Pagi riadah semua macam biasa. Pastu gerak ke DTC untuk Sesi Pengenalan dengan MPPUM.
MPPUM 12/13 |
Tengah hari lepas makan, ke Masjid API untuk Solat Jumaat. Alhamdulillah. Lepas tu, bermulalah sesi Dialog Mahasiswa bersama TPM.
TPM semasa berucap dalam DTC |
Pastu turun balik pukul 2. Kitorang main explorace sampai pukul 6 pagi. Naik mandi, Subuh dan akhirnya tido.
Maka secara rasminya, tamatlah Minggu Haluansiswa sesi 2013/2014 dan bermulalah hidupku sebagai mahasiswa Universiti Malaya jurusan Kejuruteraan Kimia Fakulti Kejuruteraan. Haha.
Till then,
Ciao XD
No comments:
Post a Comment