Thursday, August 22, 2013

Monolog Dalaman

"Ahhhh, aku benci Chemistry!"

Ujar aku semasa mula mula bukak buku teks Chemistry time Form 4. Seriously, aku sangat benci Chemistry dulu. Physics pun aku tak suka. Kononnya, aku suka Biology je. Kalau belajar Bio 24 jam sehari pun takpe.

Semasa baru naik Form 4, aku sangat malas belajar. Mood cuti masa menguasai diri ini. Takde mood langsung nak study.

Pabila hampir pertengahan tahun, aku sedar, Chemistry tak susah pun. Aku mula minat Chemistry, dan kurang ke arah Biology. Physics tetap dibenci. Aku ingat pertama kali belajar Electrochemistry dan Acids and Bases. Wahh, tak terkata kagumnya aku terhadap ilmu Chemistry ni.

Minat aku berterusan hingga sampai SPM. Pada masa itu, aku mula bertanya, betul ke aku ni minat Bio ni? Boleh ke tak jawab time SPM nanti, banyak lagi aku tak hafal. Terbukti, bila keluar result SPM, aku dapat A+ untuk Chemistry dan Physics, tapi bukan untuk Biology.

Dari situ aku nekad, aku dah tak mahu ambil Biology, cukuplah 2 tahun sengsara menghafal organ, anatomi bagai. Cukup sampai sini. Dengan keputusan SPM aku, aku tutup terus cita cita untuk ambil MBBS, Dentistry atau Farmasi.

Aku mula berjinak jinak dengan Kejuruteraan, Sains Tulen dan Sains Komputer.Ternyata, ketiga tiga cabang ini sangat la memeningkan. Aku ada minat yang tersendiri kehadap ketiga tiga bidang ini. Aku ingin menceburi bidang Kejuruteraan Kimia atau Petroleum, dalam masa yang sama, ingin juga ambil bidang Kimia, Fizik atau Matematik Tulen dan juga Geologi. Sains Komputer pun best jugak. Programming is awesome kay. <3 nbsp="" p="">
Tapi akhirnya aku nekad, aku nak apply Kejuruteraan Kimia, dan aku mahukan Universiti Malaya. Jadi masa isi UPU, pilihan pertama aku Kejuruteraan Kimia UM, pilihan kedua Kejuruteraan Biomedik UM. Selepas tu Kejuruteraan Kimia UKM, UPM, UiTM dan UIAM.

Masa study week untuk Final Exam Semester 2 hari tu, keluarlah result interview UM untuk budak budak PASUM. Alhamdulillah, aku sekali lagi diberi peluang untuk menghadiri temuduga. Namun aku tolak semua kegembiraan ke tepi, dan fokus untuk peperiksaan.

Habis exam final, aku buat kali terakhir melangkah ke Dewan Peperiksaan UM sebagai pelajar PASUM untuk menduduki Ujian Kemasukan ke Fakulti Kejuruteraan UM. Perghh, soalan Fizik, Kimia, Matematik dan Pengetahuan Am disoal. Memang emmm. Malam tu aku checkout kolej, rasa sangat sedih. Rindu kawan kawan. Namun, aku kuatkan azam. In Shaa Allah, degree nanti jumpa lagi.

Ahad tu aku hadirkan diri untuk interview. Interview 10 minit je pun. Hahaha. Sangat sekejap. Macam apa je. Tak susah sangat pun interview. Kira boleh jawab la. Lepas tu, dengan rasminya, tamat la kisah hidup aku sebagai pelajar Asasi Sains Fizikal di Pusat Asasi Sains Universiti Malaya.

Keluar result UPU, Alhamdulillah, usaha aku selama dua semester di PASUM membuahkan hasil. Aku dapat pilihan pertama aku, Kejuruteraan Kimia UM. Aku sangat bersyukur, cikgu Kimia time sekolah jugak rasa bangga sebab aku ambil sesuatu yang bersangkut paut dengan apa yang dia ajar dulu. Alhamdulillah.

Aku turut seronok sebab ramai kawan kawan time PASUM berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda. Ada yang dapat MBBS, Dentistry, Engineering, Science Computer dan jugak Sains Tulen. Hihi. Seronok sangat. To you guys yang dapat UM, see you during MHS!

Till then,
Ciao ={D

2 comments:

  1. Nak sembang2 personal pasal Chem Eng ng bro boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam sorry busy dah lama tak bukak blog ni. Boleh je.

      Delete