Fuhh, dah seminggu MHS berlalu, dan seminggu jugak kelas bermula. Fuhh, memang letih. So untuk Semester 1, Sesi 2013/2014 bagi tahun pertama, bahagian Kejuruteraan Kimia, Fakulti Kejuruteraan telah mengambil keputusan untuk mendaftarkan subjek untuk kami selama dua semester, iaitu untuk tahun pertama. Yeayy.
Jadi freshies Chemical Engineering UM hanya perlu relaks, confirmkan subjek dan datang kelas untuk belajar. Itu sahaja. Setakat ni jadual okay lagi kot. Tutorial tak start lagi. Which is awesome by the way. So kelas yang busy sekarang hari Isnin dengan Selasa je. Rabu, Khamis and Jumaat semua habis tengah hari. Jadi masa yang ada pada waktu petang diisi dengan perkara berfaedah iaitu.... tido. :P
So untuk first semester ni aku ambil 7 subjek iaitu,
1) Fundamentals of Engineering Calculus
2) Fundamentals of Engineering Algebra
3) Chemical Engineering Thermodynamics 1
4) Chemical Process Principles 1
5) Physical and Analytical Chemistry 1
6) Physical Chemistry Laboratory
7) Numerical Methods for Engineers 1
Fuhh, boleh tahan jugak la semua. Tapi setakat ni first week masih okay. Mahu kalau tak okay memang aku nangis pergi cari lecturer atau senior mintak tunjuk ajar. Harap harap perkara yang di atas tidak akan berlaku sepanjang tempoh pengajian aku di UM kelak. In Shaa Allah.
Aku jugak mula ingin berjinak dengan program di Universiti Malaya yang tercinta ini. Aku sudah pun mendaftar untuk menjadi team urusetia untuk Festival Konvokesyen Universiti Malaya 2013. Harap harap banyak pengalaman yang akan diperoleh. Aku jugak mahu bergiat aktif di kolej. Tapi aku tetap akan agak agak la kan, takut study semua entah ke mana pulak nanti.
Semoga semuanya berjalan lancar sepanjang Semester 1 ini. Ayuh berusaha untuk mendapatkan Anugerah Dekan dan cuba untuk graduate dengan First Class Honours!
In Shaa Allah.
Till then,
Ciao XD
No comments:
Post a Comment