Saturday, April 20, 2013

Issues

Heh, masa kat PASUM dulu, (OMG macam dah lama habis je hahaha!) I've heard about issues. One of them adalah, PASUM merupakan tempat di mana budak budak SBP dan MRSM berkumpul. Seriously, aku tak deny benda ni, memang masa MHS dulu, pusing kiri kanan tanya sekolah mana, mesti orang jawab, "Oh Sekolah Menengah Sains...." or "MRSM ....". Hahaha, kekok kot masa mula mula. Ye la, aku dari sekolah biasa je.

Orang ada jugak tanya, tak pernah sekolah asrama ke, aku reply la, oh ada la, tapi keluar sebab homesick. Aku cakap la aku pernah masuk SAS. Orang kata rugi gila keluar semua. Aku dah macam, pahal lak hahaha. Sama je, sekolah biasa ke apa ke, dapat jugak masuk PASUM, result pun okay. Haih people hahaha.

Aku just nak cakap la, kalau korang dapat PASUM and korang sekolah biasa, korang bertuah, sebab tak ramai budak PASUM dari sekolah harian. Boleh kata la, budak sekolah harian ni adalah minoriti dekat PASUM. Boleh kira berapa orang sekolah biasa. Haha. Tapi aku just nak ingatkan, bila korang jejak je kaki dekat PASUM, korang start dari mula balik. Kosong. Sure mula mula orang akan tanya result SPM. Tak lama nanti orang tanya result Midsem, pastu dah masuk sem 2 nanti orang tanya pointer sem 1.

Tak kira berapa duyun A atau A+ korang bawak nanti, korang start kosong balik. Reset. Lecturers tak pandang SPM korang, malah ada yang akan diperli lepas dapat result sem 1. Diorang akan cakap, "Saya rasa dulu yang masuk PASUM banyak A semua, tapi result Semester 1 tak memuaskan". Lebih kurang la. So ubah mindset, jangan sebab korang dapat banyak A korang ingat, macam oh PASUM is going to be a breeze, no. Ubah tu. I've seen people in PASUM crashing down, kecewa sangat sebab tak pernah dapat result teruk sebelum ni.

Ingat, PASUM ni lain. Bukan macam sekolah. You guys are being spoon fed by the teachers. PASUM ni usaha sendiri. Kelas, takde orang nak marah kalau korang nak escape, test ponteng tutors tak kisah pun. Tapi mungkin dipanggil pengarah la kalau dah banyak sangat ponteng. Midvalley sejengkal je. Tahan teksi depan 12th sekejap je boleh gi Midvalley, LRT Universiti tersergam indah dekat luar gate UM. Nak pergi mana? BB? Pavilion? Bangsar? Semua yang within KL accessible. So kena pandai kawal diri. Not saying korang tak boleh ada social life, tapi kena pandai la juggle between social life and studies. ;)

Hahaha aku ni lebih lak. Result Semester 2 pun tak dapat lagi. Hehe. Cuak jugak la. Takpe, apa pun keluar, aku redha. In Sha Allah, I've done my best. So now, tawakkal and let Allah do the rest. Do pray for my peeps!

Till then,
Ciao XD

8 comments:

  1. Hey nak tanya something boleh,masa sebelum masuk PASUM dulu ada interview tak ka new format untuk budak2 SPM 2012? Thanks :>

    ReplyDelete
    Replies
    1. ni new format. um baru buat. time batch ktorang tkde pun interview. tp start batch sblum ktorang and batch ktorang, um baru start buat interview utk degree. so alang2, pasum pun kena interview sekali. erm, rasanya interview ni tak susah sgt, maybe dia nak tahu family background, kenapa nak pasum, kenapa nak hayat/fizikal. benda2 basic kot. In Shaa Allah, okay je. btw, i went for the um's interview, soalan dia quite simple, just nak tahu pasal diri kita and whether we know what we will face later on. so good luck! :)

      Delete
    2. This comment has been removed by the author.

      Delete
    3. On and lagi satu,erm interviewers tny soalan in English atau Bahasa? Thankyu so much for your help!!!

      Delete
    4. ikut interviewer. masa interview for um, some of my friends, full english, some half english half malay, me 90% malay. depends. ikut dia, kalau he/she asked in english, jwb english, kalau melayu, jwb melayu. hope this helps.

      Delete
  2. Two thumbs up for this post (Y) Thank you!

    ReplyDelete
  3. Nak tanya, PASUM ni kena dpt straight A's ke? rasanya saya tak berjaya kot sbb dpt 6A and 3B+ utk asasi alambina.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk subjek la kot. rumet dulu alam bina jugak. 6A jugak kot rasanya. erm, try buat rayuan utk second intake. In Shaa Allah boleh dpt. :)

      Delete