Friday, April 19, 2013

PASUM 101

So sekarang ni dah dekat dah tarikh UPU untuk budak budak SPM 2012, so yang dapat PASUM nanti, baik korang baca benda ni. Hehehe. Yang ni benda yang batch aku lalui, the highlights of PASUM 2012/2013 la boleh kata. So it's very likely yang korang akan lalui benda yang sama.

Minggu Haluan Siswa PASUM aka MHS

Them one week of hell. Well not really. MHS ni bila kenang balik best jugak. Time bila lagi nak menari macam budak budak, nyanyi lagu kuat kuat. Hahaha. Best best. :') Dalam seminggu tu, perkara yang paling tak best adalah tak cukup tidur, so I suggest bila dah habis je aktiviti tu, balik terus tidur, takyah nak online ke apa. Tidur je terus, make sure tidur nyenyak cause you're going to need a fully functional brain for a rough day ahead. Aktiviti banyak gila.

Yang paling best time MHS of course la nyanyi lagu UM. Bangga gila weh. Dapat merasa jadi student UM, walau peringkat Asasi sahaja. :') Tak lupa jugak English Placement Test yang akan menentukan kedudukan kelas tutorial masing masing.



Kelas

Of course la kan. Takkan masuk PASUM nak goyang kaki je. Camtu baik tak payah masuk. Haha. Nanti lepas habis MHS, kelas akan bermula. Ada kuliah, tutorial and labs. Kelas akan bermula seawal 8 pagi. Kalau bernasib baik, pukul 9 atau 10. Lagi best kalau start dengan tutorial. Kelas dekat AAJ je, takyah panjat tangga pagi pagi. Haha. Habis biasanya pukul 4 atau 5. Kalau ada kelas ganti, pukul 6. Tapi ada je hari hari yang kelas sampai tengah hari je. Pandai pandai la suruh class representative susun jadual nanti. Dalam kelas tutorial jugak ada test. So study, carry marks ni, penting. Kalau Physics test lepas labs, so buat experiment tu jangan terhegeh hegeh. :P

Jogathon PASUM 

Ni awal semester 2 la kot. Korang kena lari keliling UM. Tengok la nanti track macam mana. Kalau batch aku, lari ikut Bukit Simen. Panjat bukit lalu KK8, KK10, FSKTM, KK3,4,7, Library pastu baru pusing lalu DTC, Bangunan High Impact Research pastu baru sampai balik PASUM.

Minggu Aktiviti

Kira macam minggu sukan la. Banyak aktiviti. Pegi je untuk dapat merit. Hakhak. Aku tak pegi pun. :P Dia buat weekend, aku nak balik, so aku balik and tak pergi. Mehehehe. Tiada paksaan pun. Siapa yang rajin nak jadi AJK silakan, yang malas boleh main aktiviti sahaja, or tido kat kolej, or balik rumah weekend. Takde siapa pun nak kacau. :')

Malam Emas Asasi

Batch dinner. Benda ni macam puncak la pengajian korang kat PASUM. And benda ni biasanya dah nak habis PASUM. So malam tu boleh dress up baik punya. Pakai smart la kalau boleh. Kasual. Nak ikut theme pun boleh. Hehe. Malam tu nanti ada persembahan, makanan and anugerah. Aku dapat top 10 fizikal. Tak sangka, aku rasa exam macam banyak je tak boleh jawab, tak kurang jugak aku hentam. Rezeki, Alhamdulillah. :')

Midsemester Examination

Dua dua semester ada Midsem. Akan berlangsung selepas cuti Midsem biasanya. Seminggu je. Exam pagi petang. So antara tu boleh lepak mana mana kalau taknak balik kolej. Aku biasanya lepak dekat library time tengah hari tu, ada aircond, plus boleh bersembang study dengan tenang. Buku pun banyak boleh ambil buat rujukan. Alhamdulillah, result Midsem aku okay dua dua sem. Buat elok elok Midsem, carry marks ni. :) 20% kot, bukan sikit. So fokus, seminggu je exam ni. Sedar sedar je dah habis. Lagi 3-4 minggu nak final, dapat la nanti result midsem. Ambil dekat penasihat akademik masing masing.

Final Examination 

Ni sangat la penting. Kat mana korang untuk degree bergantung kepada exam ni la. Aku pun tengah cuak tunggu result sem 2 ni. Haih cuak. Study la sampai tanggal kepala. Kena rajin la sikit. Kalau korang taknak rasa sakit time study week, aku suggest korang start awal. Takde la tiap tiap hari study. Cukup la korang faham apa yang dipelajari, and of course, tutorial jangan tinggal. Sangat penting. Time jawab paper, korang akan rasa bersyukur sangat sebab buat tutorial. Serius membantu. :)

Tu je la highlights, di samping tu ada la akitiviti kolej. Tak join pun takpe, PASUM tak perlu merit kolej, sebab memang dijamin dapat kolej. So yeah. Antara aktiviti yang aku pergi dulu ada Minggu Seni Santai, Frenster 12. Em ada lagi tapi tak ingat. :) Haha.

Tu je la kot. Kalau teringat benda lagi nanti aku tambah kemudian.

Till then,
Ciao XD


9 comments:

  1. Batch kalian ada interview untuk masuk PASUM is it ? Kalau ada, any advice ? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. erm, batch kitorang tkde, korang first batch yg ada interview. tp time ktorang, dah ada interview utk masuk um degree nnti. erm, if i'm not mistaken, dia ada bg interview guideline kan? so, cuba tgk benda tu. em, but to me, just be confident, jwb je apa yg dia tnya. kalau lecturers yg interview, okay je kot, dorang semua baik je. cthnya, kena ada la jwpn kalau dia tnya, kenapa nak pasum, kenapa nak asasi sains hayat/fizikal, nak masuk degree apa, tu semua kena tahu la. all the best. :)

      Delete
    2. sangat berguna...............

      Delete
  2. Assalamualaikum kalau nak masuk PASUM asasi sains fizikal kena straight A ke ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Rasanya tak straight A pun tkpe. Kalau boleh straight A la, kalau straight tu macam menjamin tempat kita. Camtu la.

      Delete
  3. Assalammu'alaikum w rahmatullahhi w barakatuh. :)

    Alhamdulillah, tahun ni saya akn masuk PASUM, seminggu je lagi. My father showed me this article a while back. Rasa bersemangat nak belajar kat PASUM sekarang. Thank you so much for writing this. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Best tau dpt masuk PASUM, jangan sia siakan peluang dkt PASUM ni. (Y)

      Delete
  4. Assalamualaikum, nota lecture kat mana nak dapat ehh? Ada online x?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam. Lecture notes tu biasanya lecturer akan upload online. Ataupun lecturer akan kasi satu copy utk tinggal dkt kedai photostat tu.

      Delete