Friday, June 1, 2012

Life In PASUM

So far, life kat sini okay je. Setakat seminggu MHS berlangsung, hidup kat sini bagai tak cukup masa. Terkejar sana sini sebab kena tepati masa berkumpul semua. So yeah, agak hectic. Kuliah semua tak start lagi, so minggu depan we'll see how it will turn out.

Bilik

Bilik dekat KK12 sangat best. Katil selesa, meja belajar besar, almari luas. Tido malam memang sedap la. Satu bilik ada dua orang. So siapa yang nak masuk PASUM next year, pastikan korang score SPM sama sama dengan kawan. Bila dapat sama nanti, bolehlah korang daftar untuk jadi roommate. Yeay! :)

Makanan

Sini, makanan dia sangat murah dan sedap. Memang sedap la aku cakap. Kafe dia pun selesa la nak makan. Tapi aku memang bungkus je selalunya. Makan kat bilik best, ada kipas semua. Bukak pintu balkoni tu, memang nyaman je suasana bilik. Oh lagi satu, ada Cincau Cafe. Air sedap semua harga singgit. Best! :D

Koperasi

Koop dia best! Banyak barang jual, makanan semua ada. Aku beli roti je banyak untuk breakfast and dinner. Tengah hari je aku makan nasi. Sebab aku malas kafe jauh nak mampus. Dekat dengan koop ada water cooler and tak jauh dari tu ada vending machine yang air dia harga memang sangat murah. Mountain Dew singgit je. Bayangkan haha. Sila jeles! :P

Sukan

Memang lengkap sini. Court tenis semua ada. Futsal court pun ada. Tapi UM paling masyukk joging la. Kawasan dia memang besar so memang best kalau jogging. Pastu KK12 ada tasik. Sangat lawa and tepi tu ada equipment untuk exercise. So petang petang next week aku nak gi tengok tasik secara lagi dekat. :3

Toilet

Toilet sini okay la. Bersih tu yang paling penting. So far, mandi semua tak pernah berebut. Air dia sejuk je layan je bila mandi. Cubicle toilet dia semua okay, selesa nak lepas hajat semua.


Tu je la nak cerita pasal PASUM buat masa ni. As time pass, aku akan cerita banyak lagi kay. Sekarang ni dah takda idea nak cerita apa hahaha.

P/S : Time sepanjang MHS, kena bawak barang amanah pergi semua tempat. Ada beg maroon yang dalam tu ada semua barang barang, ada payung and ada jugak name tag. So macam budak tadika jugakla kitorang hahaha.

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment