Friday, June 1, 2012

MHS PASUM 2012/2013

Okay before I start, MHS ialah Minggu Haluan Siswa manakala PASUM ialah Pusat Asasi Sains Universiti Malaya dan 2012/2013 pula ialah sesi pengajian aku dekat PASUM. So overall, aku rasa MHS ni memang best la. Biar aku cerita dari start.

27 Mei 2012, Ahad

Dengan tiada semangat, aku telah bergerak dari BSP ke KL. Setelah 40 minit, sampai jugak ke UM. Jammed macam apa entah. Sampai je dekat KK12, aku daftar bilik dan punggah semua barang. Pastu aku gerak DTC *Dewan Tunku Canselor* yang memang sangat grand dan sangat besar. Rasa cam bangga pulak dapat masuk UM. :) Habis ceramah, ada sesi dengan PP *Pembantu Pelajar*. Diorang ni macam fasi la, and diorang ni ex-PASUM. Pastu tak ingat, yang aku tahu malam tu ada ceramah.

28 Mei 2012, Isnin

Hari pendaftaran untuk PASUM pulak. Alhamdulillah, semua benda berjalan lancar pada hari tersebut, lega rasanya. Dokumen semua dah diserahkan kepada pejabat. Then, ada tengok movie or something lepas tu. Tak lupa jugak, pagi tu belajar buat subs kolej dengan PP semua. :D Kitorang belajar sub Wika Wika dengan sub Who Say. Sub Wika Wika paling superb la waa cakap luu. :)


*Sub is like a cheer*

29 Mei 2012, Selasa

Hari ni mostly ceramah je, takda benda best pun berlaku. Hahaha. Kitorang banyak buat sub and all that. Dengar ceramah yang macam taknak habis tu.

30 Mei 2012, Rabu


Hari ni taklimat program pengajian. Sakit kepala aku dengar subjek semua. Rasa macam nak pengsan pun ada hahaha. So nanti aku akan belajar Mathematics, Physics, Chemistry and Computer Science. English ada jugak, untuk preparation MUET. Oh pagi Rabu tu ada English placement test dekat Exam Hall yang sangat superb bangunan dia! :) Besar nak mampus, exam hall sangat selesa tapi sangatla sejuk. Time tu dah la hujan. Tujuan test ni nak bahagikan group kuliah dengan tutorial semua. I did badly, nuff said. Hahaha. Oh yeah, malam ada LDK. >.<

31 Mei 2012, Khamis

Hari ni hari sukan untuk MHS ni. Ada futsal, bola tampar, sukaneka dan sebagainya yang dipertandingkan. Sangat best walaupun aku duduk je bawah khemah sebab takleh join. Kaki aku yang super sakit tak benarkan aku join satu acara pun. PP pun tak kasi, dia kasi tengok dari jauh je. Tapi kitorang dapat nasihat la dari bekas pelajar PASUM semua. Sangat seronok, berkobar semangat nak belajar. Then, ceramah and all that. Malam ada games dekat Dewan Gemilang KK12.

1 Jun 2012, Jumaat

Pagi ada riadah, then gerak DTC sebab ada ceramah. Tengah hari jalan kaki slow slow dengan PP semua sebab kaki masih sakit untuk pergi sembahyang Jumaat. By the way, aku sembahyang dekat Masjid API *Akademi Pengajian Islam* yang sangatlah besar dan selesa. Along the way, nampak Kolam Renang, Kompleks Sukan dengan KK11. Sangat besar ya semuanya hahaha. Supposedly petang tu join explorace, tapi aku rehat dekat bilik sebab kaki aku tak larat dah. Then malam ada Malam Persembahan, memang sangat grand la event ni. Sketsa, nasyid semua memang layan.


Malam penutup tu kitorang kena menari lagu tema MHS kitorang kuat kuat plus kena buat steps menari yang telah diajar PP semua. So, lagu tema kitorang ialah,



Then, time riadah kitorang banyak belajar buat Subs semua. Ada sub Sparta, sub Huha, sub Sore Loser and macam macam lagi la. Kitorang ada jugak buat dances. Yang paling best sekali lagu Xi Shua Shua, memang terbaik. Best giloss waa cakap luu. Haha. Malam penutup buat 2 kali kot. PP semua join, including PP Disiplin yang tak pernah nak senyum. So memang awesome nak mampus la aku cakap! :) PP Hariz, PP Faliq, PP Bahiyah, PP Ross ngan PP Wan menari depan sekali. Banyak jugak diorang menari hahaha. Comel je haha.

So quite sad jugak MHS dah habis. Enjoy gila sepanjang minggu ni. Semalam paling best la. Memang sangat grand and sangat awesome. Rasa cam taknak balik rumah nak duduk UM. Hahaha, bajet je. :P Tu je kot, nanti aku cerita lagi kay.

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment