Saturday, June 9, 2012

Adventure

So hari Jumaat hari tu aku balik rumah sendiri from UM. Rasa cam travelers pulak. Padahal balik dari KL to Putrajaya je pun. Hahaha, pastu dari situ ada member hantar balik rumah. Takda la adventure mana pun. :P Tapi serius, balik rumah sendiri memang best. :3

Erm, habis je kelas pukul 10 on Friday, aku jalan laju laju balik kolej. Terus packing barang semua, semangat sangat nak balik ni hahaha. Pastu terus gerak keluar pintu gerbang UM. 

From KK12 to LRT Universiti, ada la dalam 15 minit jalan kaki. Bagi aku agak dekat la. Kalau naik teksi lagi cepat la. Tapi saja nak tahu jalan dekat luar UM macam mana. Sampai je dekat LRT Universiti, beli tiket dalam RM 1.60 camtu.

Then aku lalu Kerinchi, Abdullah Hukum and Bangsar. Pastu sampai la aku dekat KL Sentral. Sesak gila dengan orang ramai kat sini. Pening kepala aku. Terus pergi beli tiket ERL dekat kaunter KLIA Transit. Harga RM 9.50.

Then aku tunggu train yang lama gila nak sampai tu. Lebih kurang 20 minit jugak la aku tunggu. Tapi naik ERL best sebab cam cepat gila boleh sampai Putrajaya. Lebih kurang 20 minit camtu sampai la aku dekat Putrajaya.

Pastu aku gerak Matriks Selangor teman kawan aku pergi sana ada hal. Dalam perjalanan balik dia hantar aku balik BSP. Memang on the way, so yeah. Sampai rumah je macam heaven gila. Macam dah sebulan tak balik padahal baru 4-5 hari camtu je hahaha.

InsyaAllah next Jumaat aku balik lagi sebab kuliah habis pukul 10. :)

Till then,
Ciao XD



No comments:

Post a Comment