Last post aku dekat sini masa nak mula Semester 4, hari ni aku post nak cakap yang aku dah habis Semester 4. Haha. Dah berapa bulan tak bukak blog usang ni. Alhamdulillah, Semester 4 tamat dengan lancar dan telah melabuhkan tirainya Rabu lalu dengan berakhirnya paper Chemical Process Safety.
Kali ni, final aku ada 5 paper je, so agak relaks berbanding semester-semester lepas. Tapi tak relaks mana pun sebab ada 3 paper 3 hari straight. So macam agak letih sebab dengan puasa, pastu kena study lagi. Tapi Alhamdulillah, berkat Ramadhan, dapat jawab semua exam dengan jayanya.
Rasa puas hati gila every time lepas exam, sebab mostly apa yang baca, yang buat latihan, semua masuk exam. Alhamdulillah. Again, berkat Ramadhan. So first paper TITAS, yang ni susah sikit haha. Tapi yang next that are Separation I, Numerical II, Mass Transfer dengan Safety went quite well.
So sekarang ni cuti until September. Agak pishang. Tapi kemas-kemas rumah sikit so boleh la. Takde la pishang sangat. Tak sabar nak tunggu results, of course, macam semester-semester lepas, habis je semester terus sibuk nak tahu results. Harap-harap dapat berita baik dari lecturers next week.
So tu je kot. Harap-harap blog ni aku rajin la isi sepanjang cuti ni.
Bye. Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment