Wednesday, April 16, 2014

PASUM, All You Need to Know

So as per request from some juniors, I'm going to write more on my life during PASUM. The do' and don't's, the craziness, the stress, the hardness and everything you need to know on how to survive, as they say it is, the hardest foundation studies Malaysia. *Macam poyo je paling susah, aku rasa biasa je, memang susah tapi takde la sampai tersusah :P*.

So first thing's first, nak masuk PASUM, after my batch, ada interview. So I think they'll ask nothing much, mesti something like :

Introducing yourself, why PASUM, why not others, SPM results, what course for degree and why.

Rasanya interview ni tak lama, sebab ramai yang akan diinterview. Hiks.

So PASUM offer tiga asasi, Sains Hayat, Sains Fizikal dan Alam Bina. Yang membezakan Hayat dan Fizikal adalah subjek Biologi, itu sahaja. Hayat ada lab lebih dari Fizikal, tapi jangan berangan la Fizikal nak jadual longgar, anda ada tutorial dan juga lab komputer. Hahaha. Alam Bina pula tak sure belajar apa, tapi dulu roommate banyak buat design and products la, hari hari tido lambat siapkan projek. Ada kerusi, lukisan, macam macam lagi. Tapi masih ada teori untuk Alam Bina, jangan ingat korang masuk buat lukisan je okay.

So after interview, dapat offer, and say hello to UM for one year. Kalau yang target nak masuk UM untuk degree, time setahun ni la korang kena study gigih untuk masuk UM, sebab nak masuk UM bukan senang okay. Ingat tu, and PASUM is certainly not a walk in the park. Not all rainbows and sunshines. So guys, prepare your bullets, time for war!

So korang budak asasi akan stay dekat Kolej Kediaman Raja Dr Nazrin Shah, ataupun dikenali sebagai KK12 ataupun 12th college ataupun Royal 12th. Nanti kalau jumpa tegur la ye. :P Tapi ada ura ura jugak budak PASUM akan ditempatkan dekat KUAZ iaitu KK11, tapi tak tahu la sejauh mana kebenarannya. So after register, time for some Minggu Haluansiswa, jangan risau, MHS Asasi tak torture cam degree sangat rasanya, time aku biasa je, azab lagi degree punya MHS.

After MHS, time to study guys! 8 paper + 1 for English. Semester 1 agak susah, sebab kena biasakan diri dengan rentak PASUM, bila dah dapat rhythm tu InshaAllah, PASUM will be a breeze. So PASUM ada kuliah, tutorial dan labs. First dua minggu kuliah je, time ni la nak explore UM dan KL. :P After tutorial dengan lab start, dah takde masa. Lepas 8 minggu, cuti midsem. Naik cuti, midsem exam, so time cuti kena study la kan. Lepas tu sambung kuliah 8 minggu, study week and finally final exam.

Tahniah dah habis Semester 1! :P Tapi time cuti sem ada exam MUET pulak. Jangan risau, time Sem 1 PASUM akan adakan kelas English untuk persediaan MUET, so jangan ponteng kelas English. Sem 2 ponteng takpe. :P

Semester 2 pulak, sama je macam semester 1. Tapi Semester 2 ada Minggu Aktiviti, Jogathon dan Malam Emas untuk markah koko korang, Hahaha. Mungkin jugak akan ada sedikit aktiviti kolej untuk korang, bergantung kepada JKP Asasi korang nanti. Batch 13/14 banyak jugak program diorang. Tak perlu pun rasanya. Korang join je aktiviti yang PASUM organize, markah koko takyah risau la.

But how to survive PASUM? Seems so hectic. Jangan risau, PASUM senang je nak survive. Kena rajin, jangan ponteng kelas. Tutorial buat, lab kena la cemerlang. Test semua kena cemerlang. Macam mana? Study secara konsisten, jangan study last minute, nanti padah. Haha. Semua test dalam kelas tutorial kecuali Fizik, buat dalam lab lepas experiment, so jangan terhegeh hegeh buat report. :P

Notes and tutorials, make sure korang compile semua. Kalau malas nak study, make sure korang grab concept yang diajar dalam kelas, senang bila nak revise balik. Jangan last minute, sebab silibus agak banyak nak cover. 8 paper per sem katanya.

So tu je rasanya nak share, any more queries boleh komen je kay. Jangan segan, InshaAllah akan try jawab dengan sebaiknya.

P/S : Nota PASUM nanti bila dah habis jangan buang, degree guna lagi. Kalau buang, akan menyesal bila dah masuk degree nanti.

Good luck to you all!

Till then,
Ciao XD


8 comments:

  1. Salam .abg. Kalau kite xminat fizik boley ke amik sains fiz??

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je. dulu pun abg tak minat fizik. tp time pasum jd minat sbb lecturer best. tu yg skrg ni sangkut engineering tu.

      Delete
  2. abang, saya takut la nak interview. bagi tips please.hiks

    ReplyDelete
  3. Abg sye dpt pasum n dpt kk10. Jauh x kolej tu dri kelas...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. jauh jugak. kk10 atas bukit tu. takpe, um ada bas. so boleh naik bas pergi kelas.

      Delete
    2. Abg knpe taun ni bdk pasum ddk d kolej lain selain kk12

      Delete
    3. tak tahu la dik. maybe sistem baru kot. ada ura2 ckp kk12 nak ambil lagi byk budak degree.

      Delete