Sampai je sekolah mesti lapar, sebab sebelum tu tido dulu. Hahaha. Dalam kelas, haram la nak fokus. Semua dok bersembang, sebab nak habiskan masa, nak balik rumah. Semua muka tak bermaya je time cikgu ajar. Hahaha.
Teringat juga kenangan berpuasa di PASUM. Buat kali pertama berpuasa tidak bersama keluarga. Walau tiap tiap minggu boleh balik, tetap terasa ketika berbuka kerana tidak bersama ibu dan bapa. Haha. Mujur ada kawan kawan, kalau tak memang haru la jawabnya.
Ingat lagi first Jumaat puasa dekat PASUM, terasa macam nak pengsan lepas balik kelas, kena pergi pulak sembahyang Jumaat. Masjid agak jauh, memang balik tu
In Shaa Allah, jika ada rezeki aku, akan pula berpuasa di Universiti Malaya, kelak sebagai seorang pelajar Kejuruteraan Kimia. Tak sangka aku, aku boleh berjaya dapat UM. Hurm, haha. Rasa excited, takut, gementar, gembira semuanya bercampur baur.
Also, congrats to my friends yang dah dapat result UPU. Yang dapat apa yang diingini, congrats, yang dapat apa yang tak diingini, ada hikmah di sebalik segalanya. Aggaplah ini sebagai ujian daripadaNya. To my PASUM friends yang dapat UM, see you guys in September! :)
Till then,
Ciao XD
No comments:
Post a Comment