Saturday, July 14, 2012

Fighting For It

Okay, seperti yang sedia maklum, result UPU untuk kemasukan degree September ini dah pun keluar. So, apa kaitan benda ni dengan aku? Well, tahun depan, aku pulak akan bertarung untuk mendapatkan tempat dalam fakulti. Bila tengok seniors dapat course yang best, aku tertanya tanya, mampu ke aku skor pointer yang baik dan dapat course yang aku nak?

Cuak gila bila aku fikir benda ni. Menurut sumber yang aku dengar sendiri, engineering nak masuk bukan senang. Kalau UM tu, 3.5 belum tentu dia pandang. So aku jadi tak keruan, aku asyik terfikir, mampu ke aku skor sepanjang 2 semester dekat PASUM? Boleh ke aku dapat 3.8 dan keatas? Bila fikir, stress pulak jadinya.

Apa apa pun, aku kena study gila gila. Aku taknak kena lelong pergi universiti yang jauh. Kalau ikut mak aku, dia nak kalau boleh aku sambung degree dekat UM sebab sayang la kan, UM kan antara yang terbaik dekat Malaysia. Tapi kalau ayah aku, dia nak aku pergi UKM atau UPM lepas PASUM nanti. Aku terfikir, mampu ke aku? Bila tengok budak degree dekat UM, aku jadi stress. Aku fikir mampu ke aku jadi macam diorang, dapat tempat dalam UM, di mana syarat pengambilan pelajarnya ketat?

InsyaAllah, aku akan berusaha bersungguh sungguh untuk dapat A dalam semua subjek dan dapatkan 4 flat sepanjang aku dekat PASUM. :) Biarlah orang nak kata aku ni nerd ke apa ke, yang penting tahun depan aku dapat sambung dekat universiti yang aku nak dan buat course yang aku nak, bukan kena lelong buat course yang aku tak minat. And of course, under scholarship. InsyaAllah. :')

Think that's all from me. By the way, tak sabar nak cuti midsem! :D

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment