Friday, May 18, 2012

Keputusan Muktamad

Post yang lalu aku telah menyatakan dilema yang sedang aku hadapi iaitu perlu memilih antara dua universiti yang terkemuka di Malaysia. Universiti Malaya dimana aku akan memperoleh bantuan kewangan ataupun Universiti Teknologi Petronas under pinjaman boleh ubah Mara.

Jadi setelah berbincang dengan ahli keluarga aku, aku telah mengambil keputusan untuk meneruskan niat aku ke UM dan menolak terus tawaran Mara untuk ke UTP. Hahaha. Lagipun dokumen semua dah sedia, tinggal nak pack barang and bertolak ke KL je. Hehe.

InsyaAllah, aku tidak akan menyesali keputusan ini kerana inilah yang aku mahukan sejak kecil lagi iaitu memperoleh tempat di UM walaupun hanya di peringkat asasi. Sebab time degree nanti nak pindah UKM or UPM. Dekat gila ngan rumah. Tapi kalau ada rezeki memang aku nak pergi UTM la. :)

Getting UTP was a great feeling. But the pinjaman boleh ubah is a major turn off. Damn. Pinjaman boleh ubah ni macam ni la senang cerita, kalau kau skor cam gila dia akan jadi 100% scholar tapi kalau kau noob kau kena bayar balik kepada pihak Mara. So takda la terjamin mana. Nak masuk UTP pun still kena bayar. Memang tak la.

So ni ada beberapa sebab aku pilih untuk ke UM :

- Galakan daripada keluarga
- Uni impian sejak kecil
- Dekat dengan rumah
- Foundation yang bertaraf tinggi
- Still tak tahu nak amek apa time degree
- Tiket untuk masuk Uni lain

That's it from me today, nanti aku update lagi.

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment