Oh yeah, penat gila. Baru lepas tolong parents kemas halaman rumah dengan angkat pokok, buang pokok mati semua. Penat sepenat penatnya. Haih. So baru lepas makan dan sekarang tengah lepak dalam bilik atas katil pasang aircond. Ahhh, nikmatnya.
So semalam aku dapat satu mesej dari sekolah memandu. Dia kata test aku terpaksa tangguh ke 13/3 sebab tarikh lain penuh. Aku cam, what the what?! Tangguh? Alamak, aku dah bajet ready dah ni. Tangguh pulak dah. Redha. Aku call abang tu, dia kata penuh sangat dah takleh masuk, aku nasib je dapat 13/3 ni. Kalau tak lagi lambat.
Tapi, aku baru teringat, aku kena gi Sarawak 10 haribulan ni and balik on the 13th. Dia cakap takpa, boleh adjust bagi dapat test petang. Aku cam, Alhamdulillah, tak payah delay test aku.
Bila fikir balik, elok jugak tangguh. Aku pun sebenarnya belum fully ready lagi nak JPJ. So ada baiknya tangguh dulu. Buat apa nak rush kalau aku tak ready nak buat sehabis baik kan? So harap harap 13 ni confirm so aku akan try buat yang terbaik.
Bagus jugak camni. Aku belajar last maybe Khamis or Jumaat, then aku ada 2-3 hari untuk fahamkan betul betul steps semua. Aku memang camni, lepas belajar aku balik fahamkan steps then bayang camna nak buat. Baru aku boleh buat. So yeah.
Till then,
Ciao XD
No comments:
Post a Comment