Thursday, December 15, 2011

After SPM

Dah lepas SPM finally, tapi sekarang kebosanan melanda. Kerja? Malaslah. Aku target nak buat lesen dulu. Lepas tu insyaAllah kalau ada rezeki bolehlah aku cari kerja. Dapat duit buat belanja masuk universiti and all. Haih, bila fikir fikir lagi berapa bulan je nak masuk U aku jadi malas pulak. Rasa cam ada beban je bila fikir pasal benda ni. Haih.

Sekarang aktiviti aku memang sikit. Bangun pagi lepas makan, tolonglah mak aku kemas semua. Lepas lunch and zohor, tido kejap kalau mengantuk. Bangun petang. Malam tengok movie sampai larut malam. (2-3 pagi) Baru tido. Lepas tu liat nak bangun Subuh, tapi setakat ni tak pernah miss lagi. Dalam lebih kurang 15 hari cuti ni baru beberapa kali main futsal. Bola pun tak memberangsangkan. Cuaca dah best orang takda. Haih, bengong bengong.

So bila dah start cuti, FM je la kerjanya. Dah habis satu season dengan AC Milan, Chelsea and Man Utd. Nak main team apa lepas ni aku tak tahu. Pergh, kebosanan menyucuk bhai. Tak tahu nak buat apa. Tapi ingin aku tegaskan bahawa aku tidak ingin kembali ke sekolah. Biarlah bosan bagaimanapun, sekolah memang tidak mahu diulangi. Cukuplah sebelas tahun bergelar pelajar sekolah. Lega akhirnya dapat habiskan sekolah.

Minggu depan however kena pergi sekolah untuk ambil markah koko aku. Macam teruk je, tapi, aku kisah pulak. Hahaha. Kena ambil kalau tak memang tak dapat isi UPU nanti. Ish, gila annoying siot. Tapi aku target nak masuk matriks or foundation. Mak aku suruh mohon UTP tapi since dah tutup, tak dapat ah. Aku ushaa web dia katanya ada Mei intake tak silap. So boleh je mohon time tu. Tapi course dia tak berapa best. Aku target nak buat Engineering tak kisah Mechanical, Electrical or Chemical but definitely not Civil.

Dah la tu, penat nak tulis.

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment