Fuh, lama gila tak update. Berkulat dah. :P Esok sekolah, so aku nak quick update je. Malas nak cerita banyak. Minggu ni tinggal tiga budak lelaki je dalam kelas. Aku, Hasif and Mohvindh. Yang lain? Pergi SASER dah diorang. Ada program Smart Partnership dengan sekolah tu.
Kenapa aku tak pergi?
1) Aku memang tak batak program sebegini.
2) Lama sangat lah. Malas.
3) Aku memang suka duduk asrama. :P
4) Memang boleh belajar kat sana. :P
5) Bosan. Baik aku duduk rumah fokus belajar.
Cukup ah, tulis banyak sangat sebab. Haha. So empat hari takda diorang. Payah jugak hidup. Kelas mesti senyap gila. Boring gila baby ah takda diorang. Sekejap je, sampai Jumaat diorang balik ah. Sabtu tu maybe ada BBQ. Gabung STRC. Gila cool. Kalau jadi, looking forward to it. Tak jadi? Takpa, tak kesah sangat.
Sekarang busy dengan markah koko. Cikgu dok membebel kat aku pasal benda ni walhal ada je orang lain yang tak masuk langsung aktiviti koko nih. Takpa aku reda. Alhamdulillah, cikgu banyak membantu. Diorang nak bagi markah, aku kena pergi ah aktiviti sikit. InsyaAllah, minggu depan ada Program Inovasi Alam Sekitar and World Hepatitis Day. Looking forward to both of them.
Folio Add Maths = Sakit kepala .
Alhamdulillah, folio tu dah hampir siap. Part 3 je tinggal sikit lagi nak buat. By next week, aku target dah siap and boleh hantar. InsyaAllah.
Dah la tu, malas nak update dah. Nanti lain kali aku update lagi.
By the way, tadi tengok Juvana episod akhir. Best gila. Simply stunning doh. Haha. Dah dah.
Till then,
Ciao XD
No comments:
Post a Comment