Sunday, June 12, 2011

Cuti Sekolah

Fuhh, lama gila tak menaip untuk blog nih. Dah bersawang pun blog nih. Lama gila tak update. Last update lepas periksa hari tuh. Lama gila ah. Aku tak tahu macam mana boleh aku tak update blog nih. Dulu masa buat ada azam, 'Aku mesti buat satu post sehari'. Hampeh ah, aku lupa dah apa yang aku cakap dulu.

So nak cakap pasal apa eh? Cerita ah pasal cuti. Cuti best. Gila. Seronok gila ah cuti Pertengahan Tahun kali nih. Banyak gila aktiviti aku dekat rumah. Best. Memang busy ah setiap hari. First week kelas tambahan. Malas nak cerita. Standard ah kelas. Empat hari. Agak redha. Tapi nak buat macam mana kan? Korban demi SPM.

Second week, amat menyeronokkan. Pergi main bola. Tengok TV memanjang. Main FF9. Main PES 2011. Main FF10. Pergi KL. Pergh, memang best. Busy gila. Letih gila. Tambah pulak mak aku tukar TV baru, makin galak aku tengok TV. Yelah, gambar clear je. Mana tak syok tengok TV. Dah tuh, setiap petang ada Nora Elena. Layan ah kan. Hahaha.

Pastuh tengok wayang hari tuh dengan diorang. Best. Tengok Kung Fu Panda 2. Oh my, lama gila tak tengok wayang. Hahaha. Last pergi tahun lepas tengok Harry Potter. Tak sabar nak tunggu July. Tapi aku tengok Part 2 ni lambat sikit kot. Tunggu orang dah reda sikit baru pergi. Tak berbaloi rebut tiket. Baik pergi lewat sikit tapi gerenti dapat tiket. :)

Cuti ni tak study ah. Malas gila. Setiap kali ada niat je, aku pergi bantai PS2. Memang study ah aku. PES 2011 tiba tiba best gila. Hahaha, aku pun tak paham kenapa. Aku lak boleh pulak pergi download PSX emulator. Layan doh, boleh main games PS1 yang dah lama nak main. Layan gila. Aku main Final Fantasy 9 ah. Lama gila tak main.

Bilik aku jangan cerita. Bersepah haram. Maybe aku akan kemas bila rajin. Tak tahu la bila kan. Hahaha. Aku ingat abang aku ada dekat rumah. Aku jadi malas nak kemas bilik. Kemas sepah. Kemas sepah. Last sekali, aku biar je sepah. Malas nak kemas. Berapa banyak botol air dalam bilik aku. Coke, Pepsi, Mirinda, semua ada. Tak buang buang. Plastik cendol pon ada. Haih.

Erm, esok sekolah. Malas gila. Cuak. Tak nak ambil results. Hahaha. Redha jela. Hope for the best. Harap harap dapat kekalkan prestasi aku macam sebelum nih. Dah malas nak tulis.

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment