Saturday, January 29, 2011

Homework

Banyak homework cuti nih. Mentang mentang nak SPM kan kitorang tahun ni, bagi homework banyak banyak. Yang aku pelik, homework banyak, dah siap buat karang bukan ingat pon apa kita tulis and catat atas kertas atau buku. So, bagi aku homework ni kurang faedahnya. :)

So, aku nak listlah homework yang bertimbun timbun nih.

BM 1 - Buat pendahuluan mengikut tajuk
BM 2 - Sambung buat latihan yang cikgu bagi
BI - Grammar, Step By Wicked Step
Maths - 11 graphs *Mati kejap*
PAI - Soalan latihan
Sejarah - Esei, perbandingan nasionalisme
Physics - Tiada :D
Biology - Tiada :D
Chemistry - Tiada :D
Add Maths - Mastery, Past Years =="

Haha, yang atas tu nak top je. Homework cuti nih tak banyak mane pon. So, kena pandai cover sendirilah study. Haihh, memang susah betul nak study nih. Ada aje gangguan. Contohnya, aku dalam keadaan yang gembira baca BM, KOMSAS semasa lipas datang menerjah. Aku panas nih, ambik surat khabar, gulung then lepuk lipas tuh sampai lenyek. :D Lepas tuh, datang lagi TIGA ekor. Bapak mendaaap! :(

Pagi tadi sempatlah menelaah Sejarah sikit. Bab 9 Form 4. Tinggal satu bab je lagi! Happy gile wehh, so target aku, habiskan Sejarah Form 4 sebelum bukak sekolah. Lepas nih latihan and bace bab yang lemah je. Awesome! Aku kumpul pulak ADaP, akhbar sisipan tuh. Berguna la jugak just untuk buat latihan. Actually dari PMR kumpul, malangnya tak pernah guna. :P

So, dengar cerita Interlok kekal. Alhamdulillah, tak penat aku bace and tulis sinopsis masa cuti sekolah. :D Berbaloi usaha aku. Novel Interlok best kot. Banyak pengajaran ada dalam buku tuh. So? Ape lagi, yang belum baca, aku sarankan korang baca. Yang takde, pergi beli! :P Worth jugak empat hari aku spend baca and tulis sinopsis. Novel ni sungguh mencabar minda and merangsang pemikiran.

Sejarah Form 5 sangat susah nak ingat especially Bab Nasionalisme. Bapak tension je aku ulangkaji. Susah yang amat nak ingat. Maybe after this okay kot? What to do, let's just wait and see.

That's it kot. Nak study Add Maths, nak buat latihan Form 4. :D

Till then,
Ciao XD

No comments:

Post a Comment